ShareThis



LIKE jika anda berpuas hati dengan tutorial kami

Friday 8 February 2013

Forex - Tutorial Untuk Mula Trade Di Etoro


Saya sediakan artikel ni sebagai panduan buat mereka di luar sana yang tertanya-tanya macam mana agaknya nak mula melabur dan trade forex di etoro ni. Dalam artikel ni, ada 3 langkah utama dan artikel ni akan bersambung dengan tips-tips untuk memilih copy trader yang selamat untuk kita copy.





LANGKAH 1 - Buka akaun eToro

Sekiranya anda masih belum mempunyai akaun eToro, anda boleh klik di sini untuk mendaftar. Pendaftaran adalah percuma. Dan anda bebas menggunakan kemudahan openbook (laman sosial pelabur forex) di eToro tanpa sebarang bayaran dikenakan. 100% percuma. Akaun ini penting untuk anda gunakan dalam langkah-langkah kajian sebelum mula melabur wang anda.

LANGKAH 2 - Deposit wang ke dalam akaun (bila sudah bersedia untuk melabur)

eToro menyediakan pelbagai bonus dan ganjaran untuk deposit yang pertama. Urusan deposit dan withdrawal boleh dilakukan melalui pelbagai medium seperti Paypal, kad debit/kredit dan wire transfer. (Sekiranya anda tidak mempunyai mana mana akaun diatas, anda boleh hubungi saya untuk sebarang bantuan). 

Jadi, berapa jumlah wang yang anda perlukan untuk mula melabur? Jumlah minimum deposit adalah USD50, tetapi untuk mula melabur anda memerlukan USD100 dan ke atas. Sebab apa? Yang pertama, eToro telah menetapkan jumlah minimum untuk copy seorang trader/pelabur adalah USD20. Dan USD20 itu tadi pula hendaklah tidak melebihi dari 20% dari jumlah keseluruhan wang dalam akaun anda. Jadi, kalau anda hanya ada USD50, USD20 itu tadi bersamaan 40% jumlah wang anda.

Sebab yang kedua, sekiranya anda deposit USD200 dan ke atas, anda akan diberikan ganjaran atau bonus sebanyak 10% dan dalam kes ini, ia bernilai USD20! Ya, percuma ke dalam akaun anda. Tapi saya sarankan, deposit lah mengikut kemampuan anda. Jangan sampai berikat perut untuk melabur.

LANGKAH 3 - Ikut tips dan garis panduan yang saya sediakan di ruangan berikutnya.

Untuk berjaya dalam pelaburan ini, anda haruslah berhati-hati sewaktu memilih pro-trader mana yang anda nak copy. Dan untuk memudahkan kerja memilih ini, saya ada sediakan 4 tips dan panduan untuk anda. Pastikan anda baca tips yang saya kongsikan di sini, supaya anda berjaya tanpa perlu cuba-cuba dan gagal dalam pelaburan eToro. Selamat mencuba, dan salam maju jaya!

Apa Potensi Pulangan Pelaburan Forex di Etoro?


Ramai juga kenalan saya yang ragu-ragu dengan potensi kadar pulangan pelaburan di Etoro ni. Sebab kebanyakannya deposit modal kecil, dalam USD100. Jadi jumlah keuntungan setiap position tu lebih kurang 30 sen. Saya suka untuk ingatkan rakan-rakan lain untuk anggap etoro ni macam bank untuk simpan duit. Saya guna etoro ni sebab saya susah sangat nak menabung/menyimpan.

Berdasarkan pengalaman saya melabur di eToro ni, pulangan nya lebih kurang 5% SEMINGGU. Bunyinya macam sikit. Tapi cuba anda kira pulangannya dalam gandaan compounding gain (sama formula kira-kiranya dengan compounding interest):

Katakan modal permulaan anda USD100, minggu pertama anda sudah untung USD5. Minggu kedua? USD5.25. Kalau anda menyimpan selama 3 tahun? Nak tahu berapa hasilnya? Klik sini untuk kira guna kalkulator Compounding Interest.



NOTA: Pada bahagian r anda masukkan 5% dan pada bahagian t pula anda masukkan bilangan minggu, 156 (bersamaan 3 tahun) memandangkan kita mengira gain mengikut minggu dan bukan tahun seperti setting default tersebut.

Matematik tidak menipu. Anda kira sendiri dan jawapannya memang USD244,060.20! Tapi ingat, forex bukan skim cepat kaya. Tak cepat pun, 3 tahun tu lama juga nak tunggu. Cuma bezanya, anda simpan USD200 dalam ASB selama 3 tahun, baru dapat USD245. 

Thursday 7 February 2013

Adakah Teknik Forex Etoro Ni Selamat?



Buat mereka yang masih baru nak mencuba pelaburan forex menggunakan teknik copy trading yang ada pada etoro ni, mesti ramai yang tertanya-tanya, adakah teknik forex macam ni selamat?

Jawapannya ya! Dan konsepnya perlulah anda fahamkan.

Bayangkan dua situasi berikut:

SITUASI A - Dalam kelas anda di sekolah, ada seorang budak pandai. Dan bila cikgu bagi kerja sekolah, dia lah yang akan dapat markah penuh. Jadi, anda suruh dia buatkan kerja sekolah anda. Adakah cara ini selamat? Mungkin tidak, sebab budak itu tadi mungkin malas nak buat dan siapkan cincai saja.  

SITUASI B - Dalam kelas yang sama, ada seorang budak pandai dan cikgu bagi kerja sekolah. Kali ini, anda memiliki suatu alat atau kemudahan yang membolehkan tangan anda bergerak mengikut gerak geri budak pandai tadi ketika dia menjawab soalan kerja rumah. Jawapan anda 100% sama. Adakah budak itu akan buat cincai-cincai? Tidak, sebab itu kerja dia dan dia akan buat elok-elok. 

Situasi B itu tadi menerangkan bagaimana konsep pelaburan eToro dijalankan. Anda tidak memberikan wang anda kepada mana-mana orang lain. Cuma, keputusan yang bakal anda buat dalam pelaburan forex anda akan mengikut keputusan atau gerak geri pelabur-pelabur yang berpengalaman. Adakah pelabur atau trader berpengalaman ni akan trade cincai dan main-main? Sudah tentu lah tidak, sebab mereka trade guna duit mereka sendiri. Dan, semakin ramai orang copy mereka, semakin banyak komisen yang pihak eToro berikan pada mereka sebagai penghargaan. 

Cuma, hendaklah saya pesan awal-awal. Setiap pelaburan mempunyai risiko. Begitu juga di eToro. Pelabur-pelabur berpengalaman ini juga manusia, dan mereka mungkin akan melakukan kesilapan. Cuma kesilapannya sangat-sangat minimum. Saya boleh jamin, anda akan jumpa pelabur yang hanya membuat 1 kesilapan dalam 900 trade. Saya akan kongsikan username-username pelabur ini dalam artikel berikutnya. 

Aplikasi Forex Untuk Telefon Pintar Android & iPhone

Salam buat semua pembaca. Hari ni saya akan kongsikan 4 aplikasi telefon pintar dan tablet Android atau iOS yang saya gunakan untuk trade forex semasa berada di luar rumah. Bagus sebenarnya kalau kita guna aplikasi pintar macam ni, tak perlu lah kita nak menghadap PC sepanjang masa. Nak trade dalam kereta boleh, dalam train boleh, masa jalan-jalan ambil angin di taman pun boleh, tak ada masalah. Ok, saya tak nak membebel panjang-panjang, jom kita tengok 4 aplikasi yang saya recommend anda install dalam telefon/tablet anda.




Metatrader


Untuk trader forex baik yang dah berpengalaman, mahupun yang baru nak belajar, mesti kenal software metatrader untuk PC. Software wajib untuk trade dan buat analisis. Metatrader juga ada aplikasi untuk android dan iOS. Apa yang menariknya, fungsi nya sudah cukup lengkap untuk kita trade forex di mana mana. Boleh login guna mana mana akaun broker forex yang Metatrader PC boleh support. Cuma, kekurangan aplikasi Metatrader ni, kita tak boleh nak install custom EA atau indicator. Tapi jangan risau, indicator yang disediakan dalam aplikasi ni sudah cukup untuk kita buat analisis sebelum trade.


FXCM

Mungkin ada diantara pembaca ni, pelanggan broker FXCM dan penggemar terminal FXCM di PC. Aplikasi FXCM untuk android ni, rupanya hampir serupa dengan software FXCM untuk PC, interface nya kemas dengan default theme yang agak gelap. Aplikasi FXCM ni disertakan dengan default EA, indicator, dan beberapa tools yang berguna untuk buat market analysis. Dan aplikasi FXCM untuk android ni didatangkan dalam dua versi, satu untuk telefon pintar, dan satu lagi HD untuk tablet dan device yang screen nya agak besar.



Etoro

Memandangkan kebanyakan pembaca blog ni mereka yang berminat untuk melabur di Etoro, tak sah lah kalau saya tak review aplikasi Etoro untuk android dan iOS. Fungsi dan rupa aplikasi etoro untuk android dan iOS tak banyak beza, tapi sangat-sangat berbeza dengan webtrader pada laman web rasmi. Yang kurangnya, aplikasi etoro ni tak ada visible chart untuk kita buat analisis. Ada chart, tapi kena tekan untuk view. Dan tak ada fungsi penting macam indicator, EA dan sebagainya. Cuma nampak 'chart bogel' saja. 




Etoro Trade Alert

Ok aplikasi ni bagi saya sangat menarik fungsinya. Aplikasi ni terhad untuk pengguna peranti Android sahaja. Aplikasi ni akan beri trade signal dan forecast setiap hari secara percuma! Aplikasi ni berfungsi sebagai guide untuk kita trade, bila nak buy dan bila nak sell. Dan akan disertakan dengan forecast report, kenapa nak kena buy atau sell pada masa-masa tertentu. Kita juga boleh tengok berapa ramai top trader yang ambil keputusan untuk buy atau sell dalam satu satu currency pair. Cuba lah install, tapi nasihat saya jangan ikut buta-buta, kena betul betul faham forecast dan buat analisis sendiri sebelum mula trade. 




Semua aplikasi forex untuk telefon pintar yang saya kongsi ni percuma dan boleh dimuat turun melalui Google Play dan Apple Appstore. Ada yang dah cuba? Jangan lupa share review dalam ruangan komen.

Etoro Promo Coupon - Valentine's Day 2013



Salam buat semua pembaca,

Saya ada berita gembira untuk dikongsi hari ni, petang tadi pihak etoro ada email saya untuk maklumkan promosi terbaru mereka sempena Valentine's Day tahun ni. Ada coupon USD20 percuma untuk copy trade!

Promosi ini boleh ditebus oleh ahli lama etoro, dan juga ahli baru yang masih belum ada akaun (Kalau belum ada akaun, klik  pada butang reddem di bawah dan register akaun percuma dahulu, tak perlu deposit)

NOTA: Etoro promo code ni akan pilih random top trader untuk anda copy. Jadi sila semak profile trader tu dulu, kalau tak suka trader tu anda boleh close tab dan klik lagi sekali butang biru di bawah, dia akan pilih secara random lagi sekali. Ulang sampai anda jumpa trader yang anda berkenan nak copy.


Jangan lupa kongsi pada rakan-rakan lain yang sudah mahupun belum join etoro.


Redeem my free $20 now »



Terma & Syarat


  • Kupon percuma ini hanya sah untuk copy trade sahaja
  • Kupon ini tidak sah untuk digunakan oleh ahli etoro yang berdaftar di China, Indonesia, India, Bangladesh, Philippines, Sri Lanka, Nigeria, Myanmar/Burma dan USA